Pages

Tuesday, August 11, 2015

Cintaku Tertinggal Di Pulau Itu

Bismillah.

Alhamdulillah. Rancangan percutian ke Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga dan Sibuan selama sehari berjalan dengan lancar. Walaupun pada permulaannya banyak halangan. Ketiadaan kereta, ada sahabat yang tidak dapat turut serta, tapi akhirnya kami sampai juga ke pulau tersebut.

Destinasi pertama kami ialah Pulau Bohey Dulang. Terkenal dengan kecantikan laut yang seakan- akan bentuk dulang. Kami bertanya kepada seorang pakcik yang membawa kami ke sana. Katanya Bohey itu bermaksud kehidupan atau pun air. Satu destinasi yang amat menarik dan memukau pandangan, Namun, untuk mendapatkan pemandangan yang indah itu, kami harus mendaki bukit setinggi 600M. Banyak cabarannya. Jalan yang licin, disirami pula dengan hujan sehingga kami terpaksa menagguh perjalanan buat seketika. Dan akhirnya kami sampai. Dengan rasa syukur dan kerdilnya melihat ciptaan Allah yang Maha Kaya. Terlintas di hati ini bahawa kita manusia ini tidak punya apa-apa. 









Destinasi kami yang ke dua ialah Pulau Maiga. Pulau ini didiami oleh orang suku Bajau Laut. Pulau yang cukup bersih. aman bahkan jauh dari fitnah. Ketibaan kami disambut oleh kanak-kanak yang sedang mandi air laut di sana. Kami singgah solat dan bersembang seketika dengan penduduk di situ. Bertemu dengan seorang anak kecil berusia lebih kurang satu tahun lebih bernama Julia. Sungguh  comel. Moga menjadi anak Solehah adik sayang. Terlintas di hati ini. bagaimana kehidupan masyarakay muslim di situ? Solat Jumaat bagaimana? Tempat itu perlu dibangunkan. Bukan dengan pembangunan material tapi dengan pembentukan agama dan pendidikan. Masyarakat di situ mejoritinya Muslim. Tapi perlu dipimpin. 



Destinasi kami yang terakhir ialah Pulau Sibuan. Pulau yang terdapat pantai pasir yang panjang. Ombak bertemu, Cukup indah. Aktiviti snorkel dan skuba memang dilakukan di sini. Kami menghabiskan masa yang berbaki di sini. Allah... Saya benar-benar jatuh cinta! Tak tahu nak kata apa lagi. Biarlah gambar berbicara.






Cinta saya tertinggal di situ. Saya tidak tahu bila saya akan dapat berkunjung lagi ke pulau-pulau itu.. Moga Allah memberi kesempatan untuk kami pergi bersama lagi ke situ. Yang pasti, percutian akan lebih menyeronokkan bila sahabat kita ada bersama. Terima kasih Hafiz,Hasmin,Asoi,Syaban,Fai,Sharmilah,Leha,Ku Yen,Tieqa,Fieka.

"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran."
[Surah Al-Jaathiyah 45:3-5]

No comments: