Pages

Thursday, August 13, 2015

Sehari Bersama Mahasiswa

Bismillah..

Alhamdulillah, hari ini Allah masih memberi nikmat untuk berprogram bersama adik-adik Pra-Universiti SMK Madai dengan kerjasama sahabat mahasiswa yang lain. Mungkin ini program yang terakhir sebelum saya kembali semula berjuang menuntut ilmu di kampus.

Program kali ini bertujuan mendedahkan pelajar tentang kehidupan berada di universiti dan memberikan gambaran apa yang perlu mereka lakukan untuk masa depan mereka. Saya melihat para pelajar ini memiliki sifat yang sangat menarik di mana mereka bersifat ingin tahu dan sangat positif walaupun kadangkala mereka merasa rendah diri dibandingkan dengan pelajar matrikulasi. Bagi saya pelajar Pra-Universitiini lebih matang berbanding pelajar matrikulasi. Saya berpesan kepada beberapa orang dalam kalangan mereka supaya buang persepsi sebegitu. Sebab, budak matrik ni bukannya semua yang ok pun. Berlagak ja lebih. Ok jahat. Hihi. Tapi tidak semualah.

Dalam program ini, saya menyedari bahawa bukan para pelajar sahaja yang mendapat input bahkan saya sendiri. Saya terpegun melihat mereka ada perancangan hidup dan masa depan mereka sedangkan saya masih lagi seakan-akan tidak berpijak di bumi yang nyata. Malu pulak saya dengan mereka ni. Melalui salah satu pengisian dari program ini yang disampaikan oleh sahabat saya, saya teringat yang dia ada berkata belajar di luar negara cabarannya besar. Harus fasih belajar bahasa di tempat itu, susah mencari makanan halal, solat jumaat yang khutbahnya tidak di fahami dan banyak lagi cabarannya. Kalau saya ukur kebolehan diri saya, sudah tentu saya tidak mampu.

Melalui program ini juga saya dapat adik angkat! Alyz dan Hew Li Ling. Comel sungguh mereka ni. Saya juga super teruja melayan telatah dan menjawab soalan mereka. Alhamdulillah mereka bersemangat selepas saya menerangkan apa yang mereka perlu buat selepas tamat Pra-Universiti.
Yang paling saya terkejut dengan mereka ni, habis program tu, mereka tegur saya. "Kakak Comel, Dimple tu mahal. dari tadi perhati". Allah.. Mahu tergelak dibuatnya. Moga hubungan ini tidak habis setakat itu sahaja.

Jadi, Jom bersama Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Kunak. Banyak lagi program yang boleh disertai. Biasa dengar 10 Muwasafat Tarbiyyah kan? Dinyatakan sifat peribadi muslim yang ke 10 ialah Nafi'un Li Ghairihi iaitu berguna untuk orang lain. Moga tenaga kita yang disumbangkan ini diterima disisi Allah dan bertambah lagi program dakwah dan kemasyarakatan si bumi Kunak yang terchenta ini. Inshaa Allah.


Wednesday, August 12, 2015

Assalamualaikum Beijing

Baru-baru ini, terdetik untuk memuat turun satu filem yang cover nya agak menarik. Setelah selesai menonton, Alhamdulillah. Saya terinspirasi. Tajuknya Assalamualaikum Beijing. Mungkin juga kerana filem ini diadaptasi dari novel karya novelis terkenal Indonesia, Asma Nadia yang cukup saya minati.

Jalan ceritanya berkisar tentang jodoh. Bagaimana seorang gadis yang bernama Asmara yang harus menerima kenyataan yang cukup pahit dari tunangannya Dewa, kerana pernah curang dengan kawan sepejabatnya sehingga terlanjur. Walaupun Dewa memohon maaf dan merayu meneruskan pernikahan, Asmara tetap tidak boleh menerimanya.
Asmara pun lari ke Beijing dan bekerja di sana. Lalu Allah mempertemukannya dengan Zhongwen, seorang Athies. Asmara banyak mengajarnya tentang keindahan Islam yang disalahfahami oleh Zhongwen. Zhongwen mula tertarik dengan Asmara sehingga menggelarkannya Ashima iaitu lagenda Cinta China, seorang gadis yanng cantik dari Yunnan. Asma juga mula membuka hatinya untuk Zhongwen.
Sayangnya, Asma didapati menghidapi penyakit kronik dan terpaksa dihantar pulang ke Indonesia. Asma hampir berputus asa sehingga melupakan sahaja Zhongwen kerana dia merasakan bila-bila masa sahaja ajalnya akan tiba.
Berkat hidayah dari Allah, Zhongwen mempelajari Islam sepanjang ketiadaan Asma di sisinya. Sebelum dia menyusul Asma di Indonesia, dia sempat memeluk Islam. Dia datang ke Indonesia dalam keadaan Asma yang belum pulih. Dia melamar Asma untuk menjadi isterinya walaupun pada ketika itu Asma sudah kehilangan keupayaan untuk bertutur.
Dengan izin Allah, mereka hidup di Beijing dengan bahagia.

Bagaimana saya terinspirasi?
Saya melihat Asma adalah seorang yang cukup tabah dan memiliki pendirian yang utuh. Dia sama sekali tidak termakan pujuk rayu Dewa. Asma juga seorang yang cukup menjaga maruahnya sebagai seoarang muslimah. Teringat pula saya pada salah satu dialognya kepada Dewa "Cinta itu menjaga, tergesa-gesa itu nafsu belaka"
Walaupun kisah dalam filem ini tidak begitu berkait dengan diri saya, namun saya cukup tertarik dengan cara Asma mendapatkan semula kekuatannya. Lantas saya terfikir, Saya juga harus bersabar dan bijak mengurus hati saya. Semoga, pengakhiran cinta saya juga baik seperti Asma.

 Moga Allah terus menerus memberi saya kekuatan menunggu dia selesai belajar. Datang menemui saya seperti yang dikatakannya lima tahun yang lepas. Moga Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidupnya membahagiakan orang tuanya terlebih dahulu. Begitu juga saya.. Inshaa Allah.

EH

Tuesday, August 11, 2015

Cintaku Tertinggal Di Pulau Itu

Bismillah.

Alhamdulillah. Rancangan percutian ke Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga dan Sibuan selama sehari berjalan dengan lancar. Walaupun pada permulaannya banyak halangan. Ketiadaan kereta, ada sahabat yang tidak dapat turut serta, tapi akhirnya kami sampai juga ke pulau tersebut.

Destinasi pertama kami ialah Pulau Bohey Dulang. Terkenal dengan kecantikan laut yang seakan- akan bentuk dulang. Kami bertanya kepada seorang pakcik yang membawa kami ke sana. Katanya Bohey itu bermaksud kehidupan atau pun air. Satu destinasi yang amat menarik dan memukau pandangan, Namun, untuk mendapatkan pemandangan yang indah itu, kami harus mendaki bukit setinggi 600M. Banyak cabarannya. Jalan yang licin, disirami pula dengan hujan sehingga kami terpaksa menagguh perjalanan buat seketika. Dan akhirnya kami sampai. Dengan rasa syukur dan kerdilnya melihat ciptaan Allah yang Maha Kaya. Terlintas di hati ini bahawa kita manusia ini tidak punya apa-apa. 









Destinasi kami yang ke dua ialah Pulau Maiga. Pulau ini didiami oleh orang suku Bajau Laut. Pulau yang cukup bersih. aman bahkan jauh dari fitnah. Ketibaan kami disambut oleh kanak-kanak yang sedang mandi air laut di sana. Kami singgah solat dan bersembang seketika dengan penduduk di situ. Bertemu dengan seorang anak kecil berusia lebih kurang satu tahun lebih bernama Julia. Sungguh  comel. Moga menjadi anak Solehah adik sayang. Terlintas di hati ini. bagaimana kehidupan masyarakay muslim di situ? Solat Jumaat bagaimana? Tempat itu perlu dibangunkan. Bukan dengan pembangunan material tapi dengan pembentukan agama dan pendidikan. Masyarakat di situ mejoritinya Muslim. Tapi perlu dipimpin. 



Destinasi kami yang terakhir ialah Pulau Sibuan. Pulau yang terdapat pantai pasir yang panjang. Ombak bertemu, Cukup indah. Aktiviti snorkel dan skuba memang dilakukan di sini. Kami menghabiskan masa yang berbaki di sini. Allah... Saya benar-benar jatuh cinta! Tak tahu nak kata apa lagi. Biarlah gambar berbicara.






Cinta saya tertinggal di situ. Saya tidak tahu bila saya akan dapat berkunjung lagi ke pulau-pulau itu.. Moga Allah memberi kesempatan untuk kami pergi bersama lagi ke situ. Yang pasti, percutian akan lebih menyeronokkan bila sahabat kita ada bersama. Terima kasih Hafiz,Hasmin,Asoi,Syaban,Fai,Sharmilah,Leha,Ku Yen,Tieqa,Fieka.

"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran."
[Surah Al-Jaathiyah 45:3-5]

Sunday, August 9, 2015

Hari Raya

Hari Raya tahun ini adalah hari raya yang rare setakat ini bagi aku. Sekali dengan cuti semester, program memang tidak putus. Menyumbang tenaga untuk dakwah di Kunak bersama sahabat yang lain. Dan cuti kali ini jugalah sahabat sahabat satu sekolah dulu ramai yang balik bercuti. Masing-masing sudah ada yang melanjutkan pelajaran di luar negara dan universiti tempatan. Tidak kurang pula ada yang sudah bertunang. Tahniah. Semoga kekal hingga akhir hayat.

Setiap detik bersama itu amat berharga. Terubat juga rindu setelah sekian lama tidak berjumpa. Alhamdulillah, keakraban yang kian renggang dulu, dapat disatukan semula. Terkadang ada juga timbul salah faham. Mungkin juga masih tidak matang atau mungkin terlebih bergurau.

Hubungan itu bagaikan keluarga sendiri. Berkenalan dari ibu bapa, dan adik beradik. Tidak sangka cuti kali ini amat menggamit memori. Cuma berat untuk aku kerana mencipta kenangan yang amat payah untuk diterima di saan berpisah. Semuanya akan kembali semula meneruskan jihad menuntut ilmu di kampus masing-masing.









Inshaa Allah Perjalanan seterusnya ingin menjelajah ke pulau bersama mereka. Semoga perjalanan kami mentadabur alam kali ini berjalan dengan lancar. Satu lagi kenangan bakal tercipta dan sukar untuk dilupakan

Saturday, May 30, 2015

Irfaan D'Hearty


Kasih sayang kerana bangsa..
Tidak Sampai Penghujung mudah tersadung..
Kasih sayang kerana Tuhan.. 
Lama bertahan sampai mati pun masih teringatkan.. :')

Sungguh Rindu.


C.I.N.T.A

Bismillah...

Sudah lama tidak menulis. Eh, silap. Menaip. :D . Tiba-tiba terdetik di hati hendak menulis. Berkenaan C I N T A. 

Emm, satu topik yang saya tidak begitu gemar. Tapi, terasa mahu meluahkan sesuatu tentangnya. Cinta. Semua akan mengaitkannya dengan perasaan. Ya. Setiap manusia mempunyai hati yang berisi cinta di dalamnya. Cinta kepada sahabat, ibu bapa, dan yang paling tinggi cinta kepada Rasulnya dan Penciptanya, Allah SWT.

Di Usia yang muda, yang dikatakan jiwanya sedang melonjak ingin dicintai, disayangi. Bukan satu yang mudah untuk menangkis sebarang kekacaun di jiwa. Ya. Mujahadah itu pahit, tapi syurga itu manis. Usia ini banyak cabaranya. Mengapa kita tidak menggunakan idea dan tenaga kita ini untuk berfikir tentang Islam, Dakwah. Berbanding kita melayan perasaan, membiarkan diri kita dibayangi dan dikuasai angan- angan yang merugikan. Bukankah Dakwah itu CINTA?  Kita mengambil kisah pemuda Ashabul Kahfi, Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjiwa besar, berjuang mempertahankan Islam, kebergantungannya mutlak kepada Allah walaupun di usia yang begitu muda.

Namun kita ini manusia. Kita Punya fitrah. Namun jangan sekali kita kotori fitrah itu dengan fitnah. Mungkin kita pernah tersilap langkah. Namun pasti ada jalan keluar. Bahkan pasti ada hikmah atas kesilapan itu. Pasakkan cinta ini hanya kepada Allah. Yakin, Allah akan hantarkan seseorang untuk memenuhi fitrah. Jaga diri, Allah jaga kita. Tak Gitu? Kihkih. :D
=========================================================

Wahai dikau. Aku masih tidak tahu dikau siapa. Bila kita akan bertemu, atau mungkin aku mengenalimu selama ini, Aku sedang berusaha menjaga diriku. Membetulkan kekuranganku. Berusaha Thabat dan Istiqamah dengan 'JALAN' ini. Aku harap kau juga begitu. Sampai bertemu nanti. Inshaa Allah. Bi iznillah

Sunday, March 23, 2014

Me

Bismillahirrahmanirrahim...
Nama di beri Khusniah Za'eimah Binti Chacho. Lebih selesa dipanggil Khusniah. Di rumah plak, orang panggil Emah ja (nama manja gitu). Saya anak Sabah, lahir dan membesar di sana. Dulu, mendapat pendidikan awal di PASTI An-Nur Kg.Jaya Baru Kunak kemudian SK. Kg. Selamat Kunak Sabah. Seterusnya melanjutkan pelajaran di SMK.Kunak Jaya tapi berpindah ke SMK.Kuhara Tawau sewaktu tingkatan empat. Melanjutkan pelajaran Ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dan alumni surau Al-Irfaan (2012/2013) memegang lajnah Penerangan dan Perhubungan. Kini meneruskan kembara ilmu di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), tahun satu ,Ijazah Teknologi Kejuruteraan Elektronik (sistem elektronik) . Saya masih baru, :). sila beri tunjuk ajar. :D