Pages

Wednesday, August 12, 2015

Assalamualaikum Beijing

Baru-baru ini, terdetik untuk memuat turun satu filem yang cover nya agak menarik. Setelah selesai menonton, Alhamdulillah. Saya terinspirasi. Tajuknya Assalamualaikum Beijing. Mungkin juga kerana filem ini diadaptasi dari novel karya novelis terkenal Indonesia, Asma Nadia yang cukup saya minati.

Jalan ceritanya berkisar tentang jodoh. Bagaimana seorang gadis yang bernama Asmara yang harus menerima kenyataan yang cukup pahit dari tunangannya Dewa, kerana pernah curang dengan kawan sepejabatnya sehingga terlanjur. Walaupun Dewa memohon maaf dan merayu meneruskan pernikahan, Asmara tetap tidak boleh menerimanya.
Asmara pun lari ke Beijing dan bekerja di sana. Lalu Allah mempertemukannya dengan Zhongwen, seorang Athies. Asmara banyak mengajarnya tentang keindahan Islam yang disalahfahami oleh Zhongwen. Zhongwen mula tertarik dengan Asmara sehingga menggelarkannya Ashima iaitu lagenda Cinta China, seorang gadis yanng cantik dari Yunnan. Asma juga mula membuka hatinya untuk Zhongwen.
Sayangnya, Asma didapati menghidapi penyakit kronik dan terpaksa dihantar pulang ke Indonesia. Asma hampir berputus asa sehingga melupakan sahaja Zhongwen kerana dia merasakan bila-bila masa sahaja ajalnya akan tiba.
Berkat hidayah dari Allah, Zhongwen mempelajari Islam sepanjang ketiadaan Asma di sisinya. Sebelum dia menyusul Asma di Indonesia, dia sempat memeluk Islam. Dia datang ke Indonesia dalam keadaan Asma yang belum pulih. Dia melamar Asma untuk menjadi isterinya walaupun pada ketika itu Asma sudah kehilangan keupayaan untuk bertutur.
Dengan izin Allah, mereka hidup di Beijing dengan bahagia.

Bagaimana saya terinspirasi?
Saya melihat Asma adalah seorang yang cukup tabah dan memiliki pendirian yang utuh. Dia sama sekali tidak termakan pujuk rayu Dewa. Asma juga seorang yang cukup menjaga maruahnya sebagai seoarang muslimah. Teringat pula saya pada salah satu dialognya kepada Dewa "Cinta itu menjaga, tergesa-gesa itu nafsu belaka"
Walaupun kisah dalam filem ini tidak begitu berkait dengan diri saya, namun saya cukup tertarik dengan cara Asma mendapatkan semula kekuatannya. Lantas saya terfikir, Saya juga harus bersabar dan bijak mengurus hati saya. Semoga, pengakhiran cinta saya juga baik seperti Asma.

 Moga Allah terus menerus memberi saya kekuatan menunggu dia selesai belajar. Datang menemui saya seperti yang dikatakannya lima tahun yang lepas. Moga Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidupnya membahagiakan orang tuanya terlebih dahulu. Begitu juga saya.. Inshaa Allah.

EH

No comments: